Wednesday, 1 June 2011

SabaR itu INdaH

Sabar itu Ganjarannya Syurga



-Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. 

Walaupun meninggalkan maksiat tidak memerlukan tenaga berbanding melakukan ketaatan yang memerlukan tenaga, para ulama menyatakan bahawa meninggalkan maksiat itu jauh lebih berat daripada melakukan ketaatan.......

Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan.....Namun apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadnya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:- "SABAR ITU UMPAMA SINAR MATAHARI." ( MUTTAFAQ `ALAIH ).


Dalam Islam, sabar terbahagi kepada tiga iaitu: 
- sabar dalam menunaikan perintah ALLAH
-sabar dalam meninggalkan larangan ALLAH
-sabar dalam menghadapi musibah ( ujian ) daripada ALLAH.


Daripada pembahagian sabar ini sahaj sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubidiyyah ( penghambaan ) kepada ALLAH. Dengan sabar, kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.....


Sabar dalam Mentaati Perintah ALLAH......


* Bukan mudah untuk kita melawan hawa nafsu ada pada diri kita ini... tetapi usaha untk melakukan ketaatan samalah seperti "berperang" dengan diri sendiri.. Namun, bagi orang yang sabar, ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan... walau betapa pahitnya mujahadah, sanggup ditempuh jua kerana menghrapkan kemanisan syurga....


Firman ALLAH S.W.T.. yang bermaksud :
"perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya... Kami tidak meminta rezeki daripadamu ( bahkan ) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertaqwa." ( Surah Taha 20:132 )..


Kalau kita benar2 mengharapkan syurga, sabrlah menempuh jalan ketaatan ini sebagaimana sabarnya Rasulullah s.a.w dan 10 orang para sahabatnya yang telah dijamin masuk syurga.. Mereka rela berkorban dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan ALLAH.. Mereka sanggup hidup miskin, dihina, diboikot, meningglkan kampung halaman, hatta mengorbankan nyawa untuk mentaati ALLAH dan Rasul....

Untuk "bersama" berada di jalan mereka, renungilah perintah ALLAH ini, mafhumya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah lalaikan daripada mengingati Kami, serta menurut hamwa nafsunya dan adalah keadaan itu melampui batas." ( Surah al-Kahfi 18:28 )..

No comments:

Post a Comment