Wednesday, 8 June 2011
Contohi taqwa Saidina Abu Bakar R.A....
Kisah-kisah para sahabat jilid 1-2" Karangan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. Penyunting :Ibnu Hussin. Perniagaan Jahabersa,J.B.
Contoh taqwa Saiyidina Abu Bakar r.a.
Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling tinggi martabatnya di kalangan para sahabat .Rasulullah saw sendiri pernah
menyampaikan berita gembira mengenai kedudukkan yang utama di antara para penghuni syurga.
Baginda SAW berkata:
"Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya"
Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya.Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api."
Kadang-kadang beliau berkata :
"Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."
Pada suatu hari beliau telah pergi kesebuah taman di mana ia lihat seekor burung sedang berciap-ciap.Katanya: "Wahai burung!Sungguh bertuah engkau. Kamu
makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari Perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai
burung."
Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita :
"Pada suatu hari,aku telah bertengkar dgn.Abu Bakar.Semasa pertengkaran itu berlaku,dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku.Dengan serta-merta itu
juga,dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata:"Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas."Aku enggan berbuat demikian.Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada
Nabi SAW.Aku tidak juga mahu mengalah.Dia pun bangun meninggalkan aku.
Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh:"Ganjil betul orang ini;dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak
mengadukan kepada Nabi SAW."Dengan segera aku menyampuk:"Kamu tahu siapakah dia?Dia adalah Abu Bakar.Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah.Kalau perbuatan ku menyinggung Allah,siapakah yang akan
menyelamatkan aku?"
Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan NabiSAW,kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku.Baginda SAW berkata:"Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya.Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya(Abu
Bakar),sekurang-kurangnya kamu berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu,hai Abu Bakar."
Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a.Keenggananya menerima pembalasan diakhirat menyebabkan dia memaksa Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya.Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat
kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dgn.harapan Nabi dapat menolongnya.
Bagaimanakah pula perasaan kita,umat Islam kini,selepas melakukan kesalahan seperti itu?KIta sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment