Thursday, 30 June 2011

Beratnya Ujian ALLAH


"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."
Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.
Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki.
Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.
Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.
Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Menjaga Amanah Memuliakan Wanita


Dalam Islam, wanita begitu dihormati dan dimuliakan sehingga berada pada kedudukan yang tinggi. Agama Allah telah memelihara wanita secara fitrah dan mengakui peranannya yang cukup besar dalam masyarakat.Kewanitaan yang ada pada setiap Muslimah dianggap sebagai pelengkap bagi kaum lelaki, begitu juga lelaki sebagai penyempurna bagi wanita.
Khadijah binti Khuwailid adalah wanita yang layak mendapat kemuliaan. Allah begitu memuliakan beliau sehingga memilih menjadi pendamping hidup Rasulullah SAW. Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW begitu istimewa untuk Khadijah begitu juga sebaliknya.
Dalam diri Khadijah, terkumpul segenap cinta, kasih sayang, kesucian hati, kelembutan sebagai seorang ibu dan pengorbanan jiwa dan harta. Jika Rasulullah adalah lelaki yang sempurna di dunia, maka Khadijah pula adalah wanita yang memiliki segenap kesempurnaan dan keelokan rupa dan dan juga peribadi.
Benarlah, wanita lambang kecantikan, kasih sayang dan kelembutan. Oleh itu, status mereka tidak sesekali direndahkan dan dihina malah Islam berusaha menentang segala bentuk penindasan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah mereka. Dalam surah an-Nisa' ayat 124 yang bermaksud,
" Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak teraniaya sedikitpun."
Wanita adalah makhluk Allah yang istimewa yang mana diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki. Sesungguhnya telah dijelaskan di dalam al-Quran dan juga hadis tentang betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab wanita sama ada sebagai anak, isteri, ibu dan juga sebagai hamba Allah. Segala amanah yang dipikul itu wajib ditunaikan dengan sebaiknya supaya hidup diberkati dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Wednesday, 29 June 2011

Wanita Pertama Masuk Syurga

Wanita Pertama Masuk Syurga

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Wallahu a'lam
*

Tuesday, 14 June 2011

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH










Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."


Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.


Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.


Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."


Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."


Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T








Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4.     Orang lelaki yang melarikan diri.


5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9.     Orang-orang yang suka makan riba'.


10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wednesday, 8 June 2011

Indahnya Memaafkan




Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang" (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin bahwa Allah akan mengampuni kalian? Dan sesungguhnya Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang" (An Nur: 22)

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

*

Amar Makruf Nahi Mungkar

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya,
Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu." ( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Contohi taqwa Saidina Abu Bakar R.A....




Kisah-kisah para sahabat jilid 1-2" Karangan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. Penyunting :Ibnu Hussin. Perniagaan Jahabersa,J.B.

Contoh taqwa Saiyidina Abu Bakar r.a.

Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling tinggi martabatnya di kalangan para sahabat .Rasulullah saw sendiri pernah
menyampaikan berita gembira mengenai kedudukkan yang utama di antara para penghuni syurga.

Baginda SAW berkata:
"Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya"

Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya.Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api."

Kadang-kadang beliau berkata :
"Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."

Pada suatu hari beliau telah pergi kesebuah taman di mana ia lihat seekor burung sedang berciap-ciap.Katanya: "Wahai burung!Sungguh bertuah engkau. Kamu
makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari Perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai
burung."

Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita :
"Pada suatu hari,aku telah bertengkar dgn.Abu Bakar.Semasa pertengkaran itu berlaku,dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku.Dengan serta-merta itu
juga,dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata:"Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas."Aku enggan berbuat demikian.Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada
Nabi SAW.Aku tidak juga mahu mengalah.Dia pun bangun meninggalkan aku.

Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh:"Ganjil betul orang ini;dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak
mengadukan kepada Nabi SAW."Dengan segera aku menyampuk:"Kamu tahu siapakah dia?Dia adalah Abu Bakar.Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah.Kalau perbuatan ku menyinggung Allah,siapakah yang akan
menyelamatkan aku?"

Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan NabiSAW,kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku.Baginda SAW berkata:"Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya.Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya(Abu
Bakar),sekurang-kurangnya kamu berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu,hai Abu Bakar."

Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a.Keenggananya menerima pembalasan diakhirat menyebabkan dia memaksa Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya.Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat
kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dgn.harapan Nabi dapat menolongnya.

Bagaimanakah pula perasaan kita,umat Islam kini,selepas melakukan kesalahan seperti itu?KIta sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.

Ikhlas Tinggi MarTabatnya

Berilmu tanpa amal tidak akan melahirkan sifat warak, zuhud, dan taqwa.
Berilmu dan beramal tetapi tidak bersifat ikhlas seperti amalan yang dilakukan itu tidak memberi kesan pada pembentukan peribadi yang baik.

Ikhlas merupakan puncak daripada gagasan sifat-sifat terpuji yang seharusnya
dimiliki dan diamalkan oleh seseorang.

Sifat ikhlas hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat ihsan, amanah, rendah diri, dan sifat2 lain yang terpuji.

Oleh sebab itulah sifat ikhlas itu tinggi martabatnya menjadikan orang yang bersifat demikian tidak boleh diperdaya oleh iblis dan syaitan. Org yang seumpama inilah yang mendapat inayah dan maunah dari Allah [swt].

[prof Dr Harun Din]

KeleBihan Wudhuk

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwuduk. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang- yakni menambahkan bercahayanya, maka wajarlah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwuduk itu sesempurna mungkin.

Dari Usman bin Affan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya, yakni memyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-
kukunya. (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?. Para sahabat menjawab: Baikah, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Yaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi, seperti telampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk kemasjid dan menantikan solat sesudah melakukan salat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (Riwayat Muslim)

Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada seseorangpun dari engkau semua yang berwuduk lalu ia memyampaikan yakni memyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa
asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, melainkan dibukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manpun juga yang dikehendaki olehnya. (Riwayat Muslim)

Moga ada manfaat

MengUmpat yg DihaLaLkan



1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu bolehlah mendedahkan keaibannya.

2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.

3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebut kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.

4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksalah kita menyebut kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai tidak tertipu dengannya

5. Ketika dengan menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya sepertimana kita menyebut seseorang yang mashyur dengan nama. Contoh : Mat Pincang, Katak, dan sebagainya.

6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti orang yang suka meminum arak dihadapan orang ramai.

Tuesday, 7 June 2011

The Ways to GiVe SaLam..

mybe rmai yg dh taw..tp niey just sbg tzkirah yakni pregtn tuk kite sume~~

o_O

.JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.

~~~thnkz to pai obey n hanim rosli 4 lettin' me copyin' tis
~~

8 SebaB WanIta CanTik BeRtudung.....


‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ 8 SEBAB WANITA CHANTEQ BERTUDUNG!!
●/
/▌
/ \

(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..

InsyaAllah,Amin ya Allah..Jom sama2 kita bertudung dengan SEMPURNA!!!^__^

░░╠███╣░░░░░░░╠███╣
╠██▓▓▓██╣░░░╠██▓▓▓██╣
██▓▓▓▓▓██╣░╠██▓▓▓▓▓██╣
██▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓██╣
╠██▓▓▓JIHAD CHENTA▓▓▓▓██╣
░░╠██▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓██╣
░░░░╠██▓▓▓▓▓▓▓██╣
░░░░░░╠██▓▓▓██╣
░░░░░░░╠██▓██╣
░░░░░░░░╠█▓█╣
░░░░░░░░░╠█╣....♥*♥
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ MUHASABAH CHENTA Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Wednesday, 1 June 2011

Sihir MerOsaKkan UmMah



"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk ke dalam syurga, iaitu peminum khamar ( arak ), orang yang mempercayai sihir dan pemutus silaturrahim" ( Hadis Riwayat Ahmad )


Tujuh Perbuatan Maksiat


-Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada menyatakan: 
"Jauhilah tujuh perbuatan maksiat." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa itu?" Nabi S.A.W kemudiannya menjawab, "Syirik kepada ALLAH, sihir, melakukan pembunuhan yang diharamkan oleh ALLAH kecuali yang dibenarkan, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dalam peperangan dan menuduh berzina wanita-wanita mukmin yang lalai..." ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Ibnu Qudamah al-Muqadassi berkata, "Sihir adalah rangkaian perkataan yang ditulis atau diucapkan, atau melakukan sesuatu yang berpengaruh pada badan atau hati, atau akal orang yang disihir secara tidak lamgsung.. Antara kesan perbuatan sihir itu mampu mengakibatkan si MANGSA  menanggung penyakit, mati dan sebagainya."


Orang mukmin yamg menjumpai tukang sihir bagi tujuan mengenakan sihir kepada seseorang yang lain merupakan insan yang terlaknat dan dikutuk oleh ALLAH.. Tukang sihir  dan orang yang mengamalkannya merupakan orang merendahkan martabat dirinya ke lembah terhina di sisi ALLAH...Mengamalkan sihir merupapkan petanda bahwa sesorang itu sudah tercabut imannya....Orang mukmin yang teguh imannya sukar untuk termakan hasutan syaitan agar mendekati sihir.. Firman ALLAH SWT :....


"Maka Musa merasa takot dalam hatinya. Kami berkata: Janganlah kamu takot, sesungguhnya kamulah yang paling unggul ( menang ). Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat...Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalahtipu daya tukang sihir ( belaka ). Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana sahja ia datang." Surah Taha: 67-69 


Pepatah cina ada mengatakan, "Dosa adalah sumber kesensaraan" Manakala John.L Spalding pula berkata "Fikiran yang kotor, hati yang tidak ada perasaan dan keinginan yang tidak dipenuhi adalah akar kejahatan.."Berkata Joseph Roux, "Kejahatan sering menang, tetapi tidak dapat menguasai keadaan." 


Imam Hassan Al-Banna yang lain ada dikatanya.," Sesesorang itu blumlah dikatakn sebagai muslim yang sebnar sehingga dia menerapkan hukum dan akhlak Islam pada dirinya, serta menjaga batas-batas perintah ALLAH dn Rasul-Nya."

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa yang membuat sartu simpul kemudian dia meniupinya sesungguhnya dia telah menyihir..Barangsiapa menyihir.., sesungguhnya dia telah berbuat syirik." ( Hadis Riwayat an-Nasa`i )


Kesimpulannya disini...jgnlah kita menhampiri perkara2 yg dilaknat oleh ALLAH seperti sihir..jauhi lah.  nescaya kamu akn selamat..insyaALLAH...wallahua`lam...







Khas untUk kAum HaWa

Bismillahirrahmanirahim....

Assalamualaikum.....warkah yg bakal ditulis ini khas untuk kaum HAWA.....klau kaum adam nk bca pun x pa...sekadar mengambil ibrahnya.....


HAWA,

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau sudah mnjdai ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah....

HAWA,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,ingatlah hawa janji Allah, wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik,Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yang bukan mahrammu kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan ,takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.......

HAWA,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa ,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya mengingcang iman lelaki.Tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya...Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan menggodanya....Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....

Oleh itu HAWA,

Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlahmu,kuatkan pendirianmu..Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu. cukuplah cinta Allah meemenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapa mu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...


HAWA.....

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah..CIntailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah..CIntailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..Jangan sesekali tangan yang mengoncang dunia juga ,yang menggoncang iman lelaki.....


Hawa ambillah warkah ini dan simpanlah di dada.....smga dia mampu mnjadi peringatan kpd kita tatkala kita lupa...Wallahua'lam....

Nak LebIh MenArik

Assalamualaikum,,sekadar perkongsian....


Jadikanlah Ghadhdul Bashar(menundukkan pndngn) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih..

Oleskan "LIPSTIK kejujuran" pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.


Gunakanlah " PEMERAH pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat rasa malu yang dibuat di SALON iman..

Pakailah "SABUN Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan..


Rawatlah Rambut anda dengan "SELENDANG Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan..


Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan CINCIN UKHUWAH...

Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "KESUCIAN"..

BEDAKilah wajah anda dengan wudhu' nescaya akan bercahaya di akhirat...




Malu itu sbahagian drp iman.Malu melakukan maksiat adlh terpuji.Perempuan malu kpd lelaki tanda bermaruah diri.Malu berbuat kebaikan adlh dikeji.Malu di kala ramai tapi 'ligat' bila bersendirian menunjukkan lemahnya iman.Malu itu sunna para anbiya'....

wallahua'lam...